Semalam jalan2 cari kereta sebelum pergi ke rumah Uncle Lan untuk open house. Budget nak beli kereta $1000 je. Skali terbeli $2700.
Camne boleh jadi gitu?
Pergi tpt jual used car. Dah call org tu the day before tanye pasal kereta harga $500. Dia iklankan kereta $500 tu kat internet. Tapi katanya dah jual kat org lain (tapi rasanya dia tipu lah. Dia letak iklan tu sbb nak bagi org call dia kot haha). Pastu dia tanya budget brapa. Cakap kat diye $1000 je. Dia tanya kerja ke tak. Cakap lah Ajoy tgh cari. Dia kata, apa kata dia jual kete yang lagi mahal dari $1000, tapi Ajoy boleh keje dgn dia and bayar balik secara ansuran. Kereta yang dia nak jual harganya $2700 (ada yang $2500 tapi tak best).
Fikir2 balik, dapat kereta yang elok siket, and dapat kerja sekali. Kalau kereta rosak, boleh complaint tros since kerja dgn dia. Ok jugak lah, walaupon kebanyakan gaji awal2 kene gune untuk bayar kereta. Yang penting, ada kereta and ada kerja. Kereta beli harga gini, at least bile nak balik Msia nanti boleh jual balik.
So, kami pon amek la kereta tu. Jadinya esok Ajoy akan start kerja cuci2 kereta. Mungkin tanam pokok skali. Tgk la kalau org tu ade kenal org yg nak pakai IT specialist lagi bagos. Dia kata dia kenal ramai orang. Hmm..
Takpelah, bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian.
Hopefully rezeki kami semakin murah selepas ini. Amiiinn..
p/s: smlm Ajoy masak n basuhkan kain. Hari ni Ajoy tolong masak skali. Masak banyak hari ni. Sediakan bekal untuk esok skali. Ye la..mahal nak makan kat luar ni..
No comments:
Post a Comment